TIADA KERAGUAN! SIMPLYSITI SAH HALAL, SELAMAT - JAKIM ^^

SATURDAY, AUGUST 13, 2011
02:30 a.m.

Assalamualaikum..


Entri kali ni adalah isu berbangkit di mana pada ENTRI NI aku ada cakap pasal produk Simplysiti yang di dakwa oleh individu yang tak bertanggungjawab bahawa produk tersebut ada bulu babi.. Ok tarik nafas.. Huhh.. panjang pulak ayat 1st tu.. So, aku jugak rasa terpanggil untuk buat entri ni.. Walaupun agak lambat sikit aku hupdate pasal ni tapi aku rasa info ni sangat penting untuk di kongsikan.. Jom kite tengok hapa yang penting sangat tu??

zaaassssss....


Gambar ni aku ambik dari portal Abg Budiey..


KUALA LUMPUR – Minggu lalu kita digemparkan dengan berita kononnya produk kecantikkan SimplySiti yang dimiliki oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza gagal dalam permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Permohonan itu kononnya ditolak kepada keputusan analisa makmal dari Jabatan Kimia mengesahkan sampel berus produk SimplySiti adalah bulu babi.

Dalam reaksi segeranya, Siti menepis dakwaan itu dengan mengatakan semua produknya & berus yg digunakan mendapat kelulusan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemeriksaan dibuat sebelum setiap produk dihasilkan.

Terbaru, berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM yang kandungannya adalah seperti kat bawah ni.

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

Justeru, menurut kenyataan JAKIM ini, jelaslah yang produk SimplySiti selamat dan halal digunakan oleh pengguna yang beragama Islam.



P/S: Harap maklum semua yer.. Okbai..

2 orang rajin comment:

Shah Blogger Profile Test said...

kesian kak siti kena fitnah :)

biasa la bila kita kat atas sket. org2 kita sendiri juga akan iri hati.

hahahahampeh tol la

Syairani Tarmizi said...

yup..betul tu.. n sebagai manusia biasa kita takkan dpt puaskan hati semua orang.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog ini adalah hak milik http://syairanitarmizi.blogspot.com/@ Copyright reserved by syairani